"Harga Sehelai Cinta"....
Oleh Fikri Screenwriter....
....
Di atas meja, dompet buruk kosong, pensil, pemadam, gumpalan kertas, kelihatan tangan sedang mencari - cari sesuatu. Akhirnya kelihatan kunci bilik diambil dan seorang lelaki muda, Razman, berumur 23 tahun berjalan menuju ke luar bilik dan masuk ke ruang tamu dan berjalan menuju ke pintu rumah.....
Sedang beliau berjalan dan membuka pintu rumah, kelihatan 3 orang sedang bersembang di dalam bilik yang tidak tertutup pintunya bersebelahan pintu rumah. “Aku dengar duit PTPTN dah masuk?” kata lelaki pertama. Lelaki kedua membalas, “mana ada, bulan depan baru masuk”. Lelaki ketiga menyampuk, “Aah la, sapa la nak bagi ko duit ‘time - time’ macam ni. Aku pun tengah sesak sekarang ni”.....
Tangga yang berliku - liku, Razman sedang berjalan menuruni tangga dan kelihatan seperti menghadapi kesusahan untuk menuruni tangga tersebut.....
Di tangan beliau, kelihatan segulung kertas lukisan digenggam dengan erat dengan tanda harga jelas terpampang dan kelihatan wajah beliau yang bersinar dengan harapan.....
Dataran luas, beliau berjalan menuju ke khalayak ramai dengan tenang dan yakin.....
Kelihatan satu persatu penduduk di kawasan tersebut berlalu pergi dari Razman dan kelihatan Razman seperti kecewa sambil memandang kertas lukisan yang dipegang beliau.....
Beliau berjalan dengan gopoh seolah - olah seperti ingin mengejar masa sambil menarik tangan mana - mana orang yang lalu - lalang berdekatan beliau.....
Seorang lelaki muda, tampan berpakaian segak memandang lukisan yang ditunjukkan oleh Razman. Razman kelihatan yakin dan gembira kerana lelaki tersebut seolah - olah ingin memiliki lukisan tersebut.....
Tetapi akhirnya, lelaki tersebut mencebik dan menggumpalkan kertas lukisan tersebut lalu membuangnya di atas tanah.....
Tindakan lelaki tersebut membuatkan Razman marah lalu memukul lelaki tersebut. Kelihatan lelaki tersebut dipukul Razman dengan kejam membuatkan penduduk di kawasan kejiranan tersebut memegang Razman lalu memukul Razman sehingga Razman terlentang lalu terduduk di tengah jalan.....
Razman dengan sedaya upaya, berusaha dengan keadaannya yang parah luka di hati, cuba untuk mengambil kertas lukisan yang telah digumpal tadi.....
Kelihatan Razman menangis teresak - esak sambil memeluk erat kertas lukisannya. Kelihatan penduduk di kawasan kejiranan tersebut mengerumuni lalu mengejek dan memerli Razman sambil mencebik dan meludah Razman yang dianggap selekeh dan tidak beguna.....
Razman menjerit - jerit kesedihan dan dengan perasaan marah yang sangat mendalam sambil memeluk erat kertas lukisannya. Kelihatan beliau menjerit - jerit kemarahan ke arah khalayak ramai tersebut.....
kelihatan gambar potret seorang perempuan di atas sekeping kertas lukisan, dan setitis air mata jatuh di atas lukisan tersebut.....
‘Flashback’, di dalam rumah usang, Razman sedang ketawa dan senyum kegembiraan sambil melukis gambar seorang perempuan tua di atas kerusi di hadapannya.....
Kelihatan gambar lukisan perempuan terbabit telah siap dilukis, lalu Razman memperlihatkan gambar tersebut kepada perempuan tua tersebut.....
Perempuan tua tersebut melihat potret dirinya sambil menangis kegembiraan lalu memeluk erat Razman dengan penuh kasih sayang dan perasaan cinta.....
Kelihatan Razman memandang ke hadapan sambil tersenyum tatkala kepalanya diusap - usap oleh perempuan tersebut.....
Pada suatu hari, posmen datang kerumah dan kelihatan perempuan tua tersebut berlari - lari anak masuk ke dalam rumah manakala Razman sedang sibuk melukis bunga Ros di dalam pasu bunga.....
Kelihatan perempuan tua tersebut tercungap - cungap lalu menunjukkan surat kepada Razman.....
Kelihatan surat tawaran masuk ke universiti dalam bidang seni halus terpampang di hadapan wajah Razman. Kelihatan Razman terkejut dan gembira dengan berita tersebut.....
Pada waktu sebenar, sedang Razman menangis teresak - esak memandang lukisan yang kelihatan comot dan tergumpal itu, Razman menjerit dan menyatakan sesuatu kepada khalayak yang mengerumuni beliau, “Lukisan ni lukisan yang paling berharga buat aku. lukisan mak aku. Sekarang mak aku dah meninggal, engkau orang buat lukisan ni macam sampah. Mentang - mentang aku anak orang miskin. Aku sekarang yatim piatu”.....
Kelihatan khalayak yang mengerumuni Razman berubah wajah, dan kelihatan terkejut lalu menimbulkan rasa bersalah di dalam diri setiap mereka yang berada di situ.....
Kelihatan Razman menangis teresak - esak lalu mengesat mukanya sambil dipandang khayalak yang mengerumuni beliau. Kelihatan beliau cuba dipujuk khalayak tersebut termasuklah lelaki segak yang berpakaian kemas tadi kelihatan seperti bersalah dan kecewa.....
....
Gelap, kedengaran bunyi telefon berdering. Razman, “Hello”. Doktor, “Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Razman?”. Razman, “Ya, saya Razman”. Doktor, “Maaf Encik Razman, ibu Encik Sekarang berada di hospital. Beliau...”. Kedengaran bunyi telefon dimatikan, dan sunyi.....
No comments:
Post a Comment