Tuesday, March 8, 2011

Berfikir Sejenak I

Berfikir Sejenak I

Current mood:annoyed
we need teamwork
so we will obtain understanding

jika dua orang sedang bekerjasama
adakah kerjasama mereka itu dapat mencapai matlamat mereka?
andai kata mereka bekerjasama, mampukah perkara yang mereka lakukan benar - benar menepati kehendak masing - masing?
bukankah itu merugikan masa dan menipu diri sendiri?
andai kata wujud persefahaman di antara satu sama lain
perlukah ada permintaan dan penerimaan untuk melakukan sesuatu perkara?
sudah semestinya tidak
jika sudah wujud kerjasama, maka sesuatu kerja itu dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan
dan sudah pasti ianya ikhlas dari hati

we don't need to hear what people say
we don't need someone who are perfect
we need partner

benarkah apa yang diperihalkan manusia itu benar - benar tepat?
jika seseorang itu dikatakan bijak, berjaya dan baik hati, adakah dia benar - benar begitu?
pada zaman serba moden dan serba canggih ini
penipuan dan kerosakan berlaku di mana - mana sahaja
jangan mudah tertipu dengan kata - kata dan pujuk rayu manusia
jangan mudah tertipu dengan apa yang diperihalkan manusia terhadap manusia yang bertopeng
apakah yang dimaksudkan dengan manusia bertopeng?
apakah yang mereka cuba sembunyikan?
pada pandangan anda apakah manusia itu benar - benar jahat sehingga mereka perlu bertopeng?
benar - benar keji sehingga sanggup menyembunyikan diri sendiri di sebalik sifat baik hati, pemurah dan sopan santun tersebut?
benarkah kita perlu mendengar cakap - cakap orang dan melupakan keinginan diri sendiri?
kita perlukan teman, bukan kesempurnaan
kita perlukan persefahaman dari teman kita, bukan kata - kata yang menyenangkan dari orang lain
jika kita telah melepasi sempadan kehidupan bujang kita bersama manusia yang kita gelar "bertopeng" ini
apakah topeng yang dipakainya kekal sehingga ke akhir hayat?
benarkah dia akan terus bertopeng dan memperlihatkan sesuatu yang kita inginkan?
benarkah kita mahu dipuji disebabkan manusia bertopeng ini?
sudah semestinya tidak
topeng tersebut tetap akan luruh di pertengahan jalan
sifat sebenarnya sejak azali lagi, sifat sebenarnya sejak di bangku sekolah, sifat sebenarnya di dalam rumah
akan terbongkar ketika dia mula rasa selesa
ketika dia mula sudah tidak perlukan apa - apa lagi dari kita

what should we do
what do we need

apakah anda inginkan glamor?
apakah anda inginkan kata - kata manis?
adakah anda inginkan pujian?
adakah anda inginkan seseorang untuk tenangkan anda?
adakah anda inginkan seseorang yang dapat menawan hati anda?
adakah semua ini benar?
adakah semua ini yang anda inginkan dari seorang manusia?
adakah anda sempurna untuk memiliki semua ini?
adakah sifat anda sempurna dan adakah anda layak untuk menilai seseorang manusia itu dengan sebelah mata?
adakah anda dan adakah anda
itu yang anda perlukan "penilaian, muhasabah diri, rendah diri, sentiasa berfikiran waras, sentiasa tenang dalam membuat keputusan dan sentiasa ingin jadi yang terbaik"

you don't need to take
u need to give

memberi dan menerima
sesuatu yang kita katakan sebagai "a win win situation"
kita berikan sesuatu kepada seseorang dan kita terima sesuatu dari seseorang
anda perlukan seseorang yang bermanfaat dan berfaedah sepanjang hidup anda?
anda perlukan seseorang yang dapat memberikan sesuatu kepada anda sebagai balasan?
tindakan itu betul dan tindakan itu hanya memberikan keuntungan jangka masa pendek
tanpa ikhlas dalam memberi, tanpa ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara
tanpa merasa letih dan sengsara disebabkan sikap murah hati anda yang tanpa balasan dan sentiasa dalam kesusahan
anda tidak akan merasa kebahagiaan dan kesenangan
oleh itu, ikhlas ketika memberi dan memberi itu lebih baik dari menerima

u need to be yourself
don't act like a fool

bertopeng dan bertopeng
pandai berpura - pura
dan pelakon dalam kehidupan
itu adalah satu kesenangan sementara
satu keriangan sejenak
satu hiburan seminit yang tidak membawa keuntungan kepada diri sendiri tetapi kepada orang lain
ya, benar anda perlu bertopeng untuk satu ketika
tapi perlukah topeng itu perlu dipakai dan biarkan ia dipuja sehinggakan anda diabaikan?
apakah anda ingin biarkan hidup anda berselindung di sebalik topeng tersebut?
apakah anda inginkan hiburan seminit dan membazirkan seumur hidup anda hanya untuk itu?

u need to divide
and arrange
and u need to be smart

adakah seorang yang pintar dan pantas dalam pendidikan di sekolah mendapat pujian di atas kejayaannya tanpa ada disiplin dan pembahagian masa?
adakah semuanya perlu dilakukan setiap masa tanpa pembahagian masa?
apakah anda perlu melakukan satu - satu perkara yang anda inginkan sepanjang masa sewaktu siang, ketika makan, dan ketika berehat?
apakah anda perlu melakukan perkara yang anda tidak perlu dan meninggalkan perkara yang anda perlu lakukan?
apakah tiada pembahagian masa dalam hidup anda?
adakah anda mahu terus melayan karenah nafsu anda dan meninggalkan urusan dunia dan agama?
apakah anda seorang yang sempurna?
apakah anda benar - benar ingin berjaya?
jika benar, buktikan

"nafsu itu ibarat kuda dan anda pula adalah penunggang kuda tersebut. apakah kuda tersebut menunggang anda atau anda yang menunggang kuda tersebut?"

No comments:

Post a Comment