"SEDAR"
kadang2 hati ni terasa pelik.. kenapa agak nya?? aku pn tak pasti.. bila aku berdiri, ada sahaja yang ingin aku lakukakn.. apatah lagi lagi bila aku duduk.. apa agaknya yang terjadi? agak nya lah..
perlukah aku begini.. agaknya.. sampai bila? mungkin bila kiamat sudah datang.. aku termanggu menjerit ketakutan yang tak terungkap.. ketika aku betul2 gila.. apakah aku pasti.. agaknya.. sampai apa? kenapa? siapa? dimana?
tenang kah aku sekarang? ketika menghayati ciptaan Tuhan.. dimanakah fikiran aku melayang.. sampai bila agaknya ketenangan ini akan bertahan? Mereka memberitahu bahawa dunia ni khayalan semata mata.. kalau ingin kan bahagia, aku perlu melangkah semua kegilaan ini.. sakit? apa itu sakit? panas? apa itu panas? semua itu juga khayalan? ternyata aku telah ditipu sejak dari awal lagi.. begitu juga nenek moyang ku dulu.. yang gilakan harta dan tamakan kuasa.. cehh.. sikit pun tak lalu jika ingin ditukar ganti dengan syurga.. tapi ada sahaja yang menghalang ku dari pergi ke sana.. syurga.. hahahaha.. bodoh nya manusia.. siapa paling pandai? siapa? charles darwin? yakah.. hahahaha.. engkau penakut ya? takut sehingga sanggup menipu diri sendiri dan mengangkut semua sekali manusia bersama sama untuk di tipu.. hahahaha..
sayang.. sayang seribu kali sayang.. aku juga tertipu dan juga ingin menipu diri sendiri.. dimanakah aku sekarang.. adakah ini tangan ku.. apakah aku yang sedang bernafas sekarang.. aku? siapa aku ni.. dari mana? gila.. aku ni.. aku.. jahanam.. bagaimana? apa, bagaimana?? ya.. itulah jawapan nya.. bagaimana.. bagaimana untuk aku melepaskan diri dari penipuan ini semua?? bagaimana adalah jawapan yang aku sedang dan ingin fikirkan sekarang.. tetapi sampai bila aku dapat bertahan.. aku masih lagi sedar.. tetapi sampai bila.. mungkin selepas ini aku akan terlupa.. terlupa dengan khayalan dunia... celaka.. aku perlukan sesuatu.. tetapi apakah dia?? Ya Tuhan.. tolonglah sedarkan aku.. ilmu Mu terlalu luas dan terlalu tinggi buat diri ku.. bahkan setitik dakwat yang tidak kelihatan mampu menandingi kertas putih yang melebar luas... siapa aku untuk melawan atau menafikan semua itu??
nampaknya dunia sudah mula mengkhayalkan aku.. aku sudah mula lupa.. di mana aku berada sekarang?? terasa pedih pula.. tak mengapa.. tetapi dugaan ini terlalu hebat buat diri ku.. yakah?? betulkah?? menahan semua ini untuk syuga?? terlalu jauh.. terlalu perit Tuhan.. apakah aku perlu melakukan sesuatu yang lebih tragik?? tetapi bagaimana pula dengan masa silam ku.. aku sudah diwarnai pelbagai warna yang aku sendiri tidak mahu.. sudah banyak warna hitam menghantui dan menguasai diri ku.. manusia.. merosak sesama manusia.. yang pasti.. aku masih boleh menolong manusia yang lain.. supaya tidak menjadi seperti diri ku.. tolong.. ya, tolong.. selagi aku masih berupaya.. selagi tulang empat keratku ini, darah yang mengalir ini, peluh ku yang menitis ke atas tanah yang sudah lama bencikan aku.. aku yang melangkah tinggi di atas mu Bumi.. engkau sudah tua.. engkau mahu kekal sihat.. tetapi di sakitkan manusia.. manusia yang hanya menumpang di atas mu Bumi..
aku.. aku sudah.. mabuk dunia.. khayalan dunia dah menguasai aku kembali.. nampaknya, aku tak mampu bertahan lagi.. lemahnya aku.. lemah..
nukilan fikri nordin
No comments:
Post a Comment