aLkSah, bLa MuLut xSaYanG BaDan
Current mood:calm
karya kazen
apakah hubungan antara mulut dan badan?
kisah ini bermula apabila mulut memegahkan dirinya sendiri.
mulut menyangka, tanpa dirinya, badan tidak berguna kerana mulutlah tempat datangnya makanan
yang membekalkan zat, nutrien dan sebagainya lagi kepada badan.
hobi mulut pula adalah mengumpat dan mengata, walaupun memuji dan 'mengata sesuatu yang baik'
juga merupakan perkara rutin bagi mulut, tetapi mengumpat dan mengfitnah tetap menjadi
kegemaran mulut.
pada suatu hari, mulut telah menyusahkan badan dengan mengatakan bahawa menolak kereta api
adalah perkara mudah bagi dirinya.tanpa semena-mena, badan terpaksa menggunakan anggota
badannya seperti tangan dan kaki untuk menolak kereta api seperti yang dikatakan mulut.
setengah jam berlalu tetapi kereta api tersebut tetap tidak bergerak.
untuk mengelakkan malu, mulut menggunakan helah dengan mengatakan berbagai alasan bahawa
kereta api tersebut telah disumpah degawan, brek tidak dilepaskan, tiada tenaga dan
sebagainya lagi.
mulut telah berjaya mengenakan helah kepada rakan-rakannya yang lain dan terlepas dari
menanggung malu yang amat.setelah sampai di rumah, mulut mula menyalahkan badan kerana
terlalu lembik dan tidak dapat membuat seperti yang diharap mulut.badan tetap bersabar
dengan maki si mulut, kerana mulut juga sebahagian dari badan. tanpa mulut siapalah badan.
keesokkannya, mulut memulakan harinya dengan mengumpat bersama-sama rakannya yang lain.
pelbagai cerita yang tidak masuk dek akal keluar dari mulut.rakan-rakannya sekadar mengiyakan
sahaja cerita-cerita yang keluar dari mulut.tetapi sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku,
salah satu cerita fitnah yang dikatakan mulut kepada seseorang telah didengar oleh
tuan empunya diri.orang tersebut mula mengajak teman-temannya untuk membelasah mulut.
ketika mulut sedang asyik bercerita dengan rakan-rakannya, orang yang membawa teman-temannya
tadi datang dan membelasah badan kepada mulut dengan semahu-mahunya.mulut hanya
meraung manakala badanlah yang menanggung sakitnya.rakan-rakan mulut tadi sekadar melihat
dan selebihnya lagi lari bertempiaran ketakutan melihat kejadian ngeri tersebut.
setelah sampai dirumah, mulut mula menyumpah orang tersebut tanpa menyangka bahawa
mulutlah yang bersalah.mulut bertekad untuk membawa masalah ini kepada tuan hakim.
seharian mulut menyampaikan perkhabaran dan pertanyaan untuk mencari orang yang telah
membelasahnya kelmarin.tanpa disedari, sudah petang dia membawa badan mundar-mandir.
disebabkan kehausan, dia berhenti minum di sebuah gerai.mulut memesan air limau.
tanpa semena-mena, dia dibelasah buat kali kedua dan menyedari bahawa tauke gerai
tersebutlah yang telah membelasahnya kelmarin.ketika sedang dibelasah, mulut mencabar
orang tersebut supaya menunjukkan kelakian mereka dengan menyelesaikan masalah mereka
di mahkamah.orang tersebut berhenti seketika dan mengajak mulut untuk pergi ke mahkamah.
mulut mula ghairah kerana menyangka dirinya akan menang dan mendapat pampasan kerana
dibelasah orang tersebut.mulut berkata dengan perlahan "bodohnya orang ini, pantang dicabar.
dia ingat dirinya jantan, tetapi bodoh. aku akan ceritakan semua perkara yang dia lakukan
kepadaku kepada tuan hakim sebentar lagi".
setibanya mereka di mahkamah, tuan hakim sedang sibuk menjamah makanan.mulut menjadi tidak
keruan melihat gelagat tuan hakim yang sedang enak menjamu selera kerana mulut masih lagi
belum makan dek sibuk menjadi orang bodoh disebelahnya ini.tuan hakim terasa dirinya diperhatikan
segera memalingkan mukanya dan melihat kepada dua badan yang sedang berdiri tegak sambil
memuncungkan mulut.tuan hakim berkata "apa gerangan halnya kamu datang kemari.tidakkah
kalian tahu bahawa aku sedang berehat dan menjamu selera sekarang ini."
kedua-dua mulut yang sedang muncung tadi semakin memuncung.
disebabkan terpaksa, tuan hakim membuka fail-fail dihadapan mejanya.
tuan hakim "nama kalian berdua"
orang: "nama saya ORANG"
mulut: "nama saya pula MULUT"
tuan hakim: "pelik benar nama kalian berdua. seorang orang, seorang lagi mulut.tidak mengapalah,
aku juga bernama pelik.namaku tuan hakim.apa gerangan kalian kemari?"
mulut: "saya hendak menyaman orang berjuta-juta ringgit kerana membelasah saya tanpa sebab
dan menyebabkan badan cedera parah"
tuan hakim: "apakah benar apa yang dikatakan oleh mulut?"
orang "ya, saya membelasahnya...." mulut mencelah
mulut "tuan hakim.kan saya sudah katakan tadi.jadi tuan hakim jatuhkan sahaja hukuman dan
denda keatas mulut dan jadikan saya kaya.saya akan beri upah kepada tuan hakim
kemudian nanti"
tuan hakim menyuruh mulut dan orang diam seketika kerana dia mahu berfikir.hmm, bukankah
mulut ingin merasuah aku sebentar tadi.apakah aku harus memenangkan mulut dan menumpang
hasil kekayaan mulut.
orang mengangkat tangan menyebabkan tuan hakim terjaga dari lamunan.
tuan hakim: "ya orang, ada apa-apa yang ingin kamu katakan?"
orang: "saya belum lagi habis memberitahu perkara yang lebih penting tetapi dicelah mulut
pula.saya ingin memberitahu sesuatu kepada tuan hakim"
orang segera mendekati tuan hakim dan memberikan ratusan ringgit kepada tuan hakim dan
membisikkan ke telinga tuan hakim supaya menjatuhkan hukuman dan denda kepada mulut.
mulut kebingungan akan tindakan orang.
tuan hakim berpura-pura mengangguk dan orang kembali semula ke tempat asalnya.
mulut memandang orang dengan seribu tanda tanya.
tuan hakim: "baiklah orang.sekarang beritahu kepada saya"
orang: "sebenarnya, saya membelasah mulut kerana mulut telah mengfitnah saya dan fitnah
tersebut boleh menjatuhkan air muka saya dan keluarga saya.oleh itu saya memberikan
pengajaran kepadanya.saya juga telah menyediakan beberapa saksi"
mulut menjadi lebih bingung dan tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku.
mulut tergamam dan menggigil keharuan.
berapa kelibat rakan-rakan mulut kelihatan.mulut kembali tenang kerana menyangka rakan-rakan
nya telah datang untuk membantu dirinya.
tuan hakim: "kalian ini rakan-rakan mulut?"
rakan mulut: "ya benar.kamilah rakan-rakan mulut."
mulut kembali berdiri tegak.
tuan hakim: "jadi kalian adalah saksi kepada si orang?"
rakan mulut: "ya, kami akan menjadi saksi kepada orang kerana tidak lagi dapat menahan
dengan perbuatan buruk yang dilakukan mulut."
mulut kembali tegamam kerana tidak menyangka rakan-rakannya akan membelot dan mengkhianati
dirinya.
rakan mulut: "kami menjadi saksi bahawa mulut telah berkata fitnah kepada orang."
tanpa berlengah-lengah, tuan hakim menjatuhkan hukuman penjara kepada mulut dan denda
berjuta-juta ringgit.
mulut dipenjara menyebabkan mulut tidak dapat berkata-kata, dan badannya terpaksa
bekerja keras setiap hari di gerai orang untuk melangsaikan hutang berjuta-juta ringgitnya
kepada orang.
akibat mulut, sekali dengan mulut dengan badan pun binasa. tak pasai-pasai ja badan kena
qeja padahai yang punya angkara si mulut.tak guna punya mulut.tapi padanla kena kunci
si mulut tue, tak boleh lagi la nak cakap sampai bila-bila.
akhirnya, tak happy ending. beberapa minggu selepas itu, badan dan mulut mati kebuluran
dan kepenatan.
THE END
No comments:
Post a Comment