Wednesday, December 29, 2010

skrip cinta si budak poyo

kelibat anna kelihatan dari jauh mendebarkan jantung hati lukman.
muka menjadi pucat, tangan berpeluh. menjadi tidak keruan membuatkan
lukman sedar bahawa dia sudah menghidap penyakit cinta.

"no way. my parents want me to be a successful person. i wanna be a
millionaire. a person with a steady bussiness, popular and rich.
i wanna be that way and im going to be that way only."

satu satunya perkara yang menghantui impian lukman adalah cinta.
dia tidak pernah bercinta seumur hidupnya, dan dia tidak pernah
berharap untuk dicintai. hatinya keras, tiada perempuan dapat
mencairkan hatinya yang keras itu. itulah prinsip lukman.

tetapi sejak kebelakangan ini, anna telah menggoyahkan prinsip itu.
dan ini membuatkan lukman berfikir berulang kali dan semasak masaknya.
langkah pertama dia untuk menjauhkan diri dari anna dianggapnya
sebagai satu langkah yang tidak bijak. sebagai usahawan dan seorang
lelaki, dia mesti berani berdepan risiko.

sejak kecil, dia telah dididik untuk menjadi seorang usahawan
berjaya. dia mengikut ayahnya setiap hari menjual barang barang
keperluan asas dari rumah ke rumah sehinggalah ayahnya telah berjaya
membuka cawangan pasaraya di serata negara.

"i think, i need to make her hate me. but how?
yeah thats it. i will make her cry, suffer and feel like a useless
old woman."

kali ini, lukman telah bersedia. niat asalnya untuk melukakan hati
seorang insan yang tidak bersalah tidak menjadi. terdapat khabar
angin mengatakan bahawa ibu bapa anna telah mati dalam kemalangan
jalan raya. hati lukman bergetar sehingga hampir pecah. dia tidak
sampai hati melukakan lagi hati yang sudah luka itu dan berharap
untuk menenang dan menggembirakan anna.

apa yang pasti, nekad lukman berubah. ini disedari orang sekeliling
lukman yang mengetahui bahawa lukman tidak pernah tersentuh akan mana
mana wanita. masakan pelakon dan artis artis terkenal pernah melamar
lukman untuk menjadi buah hati mereka ditolak begitu sahaja.

apakah keistimewaan yang ada pada diri anna sehingga lukman sanggup
berbaik baik dengan anna? persoalan yang sukar dijawab mana mana orang
kerana hanya lukman dan Tuhan sahaja yang tahu apa yang bermain dalam
fikiran dan hati pemuda tersebut.

"hai awak. apa khabar? saya lukman. selamat berkenalan."

"....."

"kalau awak tak mahu cakap pun tak mengapa. tetapi ada sesuatu yang
ingin saya berikan kepada awak."

"erk, ??" (pelik, kenapa dia tiba tiba baik dengan aku. mungkin kerana
simpati padaku. ah, aku benci lelaki ini.)

belum sempat lukman mengeluarkan hadiah yang ingin diberikan kepada
anna, gadis itu terus berlalu pergi.

kenapa dengan perempuan ini? egonya. lukman segera merabut tangan
anna menyebabkan gadis itu tersentak.

"kenapa dengan awak ni? saya tak mahu diganggu, ok?"

"anna, nanti dulu. biar saya jelaskan."

"jelaskan tentang apa? saya tak kenal awak!!"

jeritan anna yang mengatakan bahawa dia tidak kenal akan lukman
terngiang ngiang di telinga lukman berulang kali sebelum menusuk hati
lukman seperti pembunuh menikam mangsanya berulang kali dengan kejam
sekali. buat kali kedua, hati lukman bergetar. kali ini, dia tidak
lagi simpati akan gadis di depannya itu.

keadaan yang kabur tadi menjadi jelas semula. anna terduduk di atas
tanah sambil memegang pipinya. lukman melihat tangannya bergerak
dengan sendiri tanpa di suruh. hatinya tidak keruan. bencana apa
pula akan menyusul selepas ini? adakah aku perlu melarikan diri?
lukman tersentak. air mata anna bergenang jatuh berlinangan. apa
yang pasti, kaki lukman dipaut oleh gadis tersebut.

waktu terhenti buat seketika buat mereka berdua. hati masing masing
bergelumang dengan perkara yang mereka sendiri sahaja yang tahu.

lukman memesan dua cawan kopi. seketika kemudian, seorang 'waiter'
meletakkan dua cawan kopi kepada pasangan yang dari tadi tunduk seperti
pesalah yang menanti hukuman dari hakim. entah kenapa, mulut masing
masing seperti ditekan bebanan yang tak dapat digambarkan.

tangan yang pernah bergerak sendiri tadi, tidak pula mahu bergerak.
kali ini, lukman memaksa juga tangannya supaya memegang cawan kopi
yang semakin sejuk di hadapan mereka berdua. gelagat lukman disedari
anna yang dari tadi terdiam membatu. kedua dua mereka mula tenang.

"saya. saya mintak maaf. saya tak ada hak untuk memaksa awak dan, dan.."

"mengenai tamparan itu. sebenarnya, saya.. hmm, mintak maaf ya lukman."

buat kali ketiga hati lukman bergetar lagi. namanya dipanggil.
dia tidak pernah mendengar panggilan namanya dipanggil dengan lembut
sekali. getaran pada hati lukman buat kali ketiga itu mencairkan
hati yang dahulunya penuh dengan ego dan tidak pernah tercalar oleh
sentuhan mana mana gadis cantik jelita popular dan kaya. tetapi
kali ini, hatinya cair sebaik sahaja terdengar suara yang dia sendiri
tidak mengetahui apakah maksudnya.

"ah, hmm.. minumlah anna kopi tu. nanti sejuk pula. tak sedap."

(anna tersenyum) "ya. tapi awak belanja tau."

"hahaha"

gelak tawa mereka berdua memecah kesunyian sebentar tadi. apa yang
pasti, pergolakkan yang berlaku pada mereka berdua begitu misteri.
ternyata, mereka bijak menyimpan rahsia masing masing.

keesokkannya. anna berpakaian cerah kembali. pakaian hitam buat
berkabung tidak lagi kelihatan. luka lama kembali tertampal oleh
seorang lelaki yang begitu istimewa buat diri anna. lelaki bernama
lukman. anna yakin, lukman akan membahagiakannya.

(di dalam kereta lukman) "dah lama tunggu?"

(anna tesenyum manis) "tidak. baru sahaja.
kemana awak nak bawa saya? di mana tempat yang awak katakan semalam?
restaurant erk??"

"tak lah. mana ada. lagi pun tak surprise la kalau saya beritahu.
sampai nanti, awak akan faham."

kereta audi milik lukman memacu laju. memasuki kawasan hutan. di kiri
kanan jalan kelihatan pokok pokok sahaja. anna menjadi curiga. wajah
lukman dipandangnya berkali kali. wajah pemuda tampan yang tidak ada
cacat celanya. jika perlu menggadaikan dirinya untuk lukman, dia rela.
kerana dia sudah sebatang kara. hanya lukman sajalah menjadi tempat
dirinya bergantung dan menaruh harapan. niat seorang gadis yang
terdesak. keseorangan dan kesepian.

"kenapa awak tengok saya semacam aja? saya tak makan orang lah. saya
janji."

satu kata kata yang begitu meyakinkan dan satu jelingan yang membuatkan
pipi anna menjadi merah. gadis itu memalingkan wajahnya setelah
bertembung dengan mata lukman. keadaan yang menyeksakan buat seorang
gadis pemalu seperti anna. jika kerusinya boleh di 'eject' seperti
kerusi yang ada pada jet pejuang, sudah tentu dia akan menekan butang
'eject' tanpa berfikir panjang.

kereta milik lukman bergerak manaiki bukit. tanah yang merah dan sempit
itu meremangkan bulu roma anna. pertama kali dia kesitu membuatkan
hatinya bergelumang dengan perasaan yang bercampur baur dengan
persoalan yang tidak baik. anna tetap pasrah. pasrah dengan apa
sahaja yang bakal berlaku.

lukman membuka pintu keretanya setelah mematikan enjin. dia segera
membuka pintu kereta untuk anna. anna kelihatan tunduk sambil memicit
micit tangannya berulang kali.

"anna, kenapa ni? kita dah sampai. inilah tempat yang saya katakan
semalam."

(anna keluar dari kereta. pintu kereta ditutup) "... saya tak biasa.."

gelagat anna yang dianggap lucu menghiburkan hati lukman. sambil
tersenyum sinis, lukman mencuit cuit bahu anna.

"awak nak tahu? awaklah orang pertama yang pernah saya bawa datang ke
sini."

"..."

lukman segera memegang tangan anna dan menariknya ke belukar yang
berada di hadapan mereka. tak lama kemudian, kelihatan kawasan rumput
yang luas. dan di bahagian tebing kawasan tersebut, pemandangan indah
yang tak terbayang terpapar di hadapan mata mereka. anna yang muram
sejak dari awal lagi menguntumkan senyuman. senyuman itu kemudiannya
menjadi satu senyuman yang menghiburkan hati lukman. memang inilah
yang dia ingin lihat dari diri anna. satu senyuman yang tak dapat
dibeli oleh kemewahan. senyuman itu milik lukman seorang sahaja.

"wah, cantiknya. mana awak dapat tahu tentang tempat ni?"

"ayah saya."

"apa?"

"ayah saya beli kawasan bukit dan di sekelilingnya. selain berniaga,
kita juga perlu menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. kawasan ini
adalah tempat yang terpencil. jadi tiada orang yang tahu adanya tempat
yang indah sebegini."

"oh, jadi awak simpan sorang sorang ajalah. tak mahu berkongsi dengan
orang lain. pentingkan diri betul lah awak ni."

(lukman tersenyum) "bukan begitu, cuma saya tak mahu ada gadis yang
jadi tak keruan bila datang ke sini bersama orang lain. apa maksud awak
di kereta tadi bila awak kata "saya tak biasa"." (sambil mengajuk kembali
cakap anna sebentar tadi.)

"hah? saya ada kata macam tu kah tadi?" (anna menekup mulutnya)

malunya aku. kenapalah aku salah sangka pada lukman? hatinya memang
baik dan ikhlas. aku sukakan lelaki ini. sambil memandang wajah
lukman, anna berbicara dalam hatinya "aku sukakan kau. adakah kau juga
begitu?"

(lukman tersenyum) "ya."

(anna terkejut) "ahh.. apa?"

"tak, awak macam nak bagitahu sesuatu aja pada saya. apa dia?"

(tersipu malu) "tak. tak ada apa apalah."

wajah anna kemerah merahan. warna merah tersebut dapat dilihat
pada wajah anna yang gebu. wajah yang tidak pernah disentuh mana mana
lelaki fikir lukman. inilah peluangku. sudah lama aku berlatih dan
bersedia untuk waktu ini. lukman segera mengeluarkan sesuatu dari
poket seluarnya.

lutut kanan lukman mencecah rumput yang terdapat di situ. tindakan
lukman membuatkan anna kehairanan. lukman mengangkat hadiah tadi
sambil membukanya. kelihatan cincin yang bersinar terang dengan
kilauan berlian yang memukau mana mana mata yang memandang.

"anna, sudah lama saya tunggu saat ini. sudikah awak terima lamaran
saya untuk menjadikan awak isteri saya?"

"...."

anna terdiam. diamnya kerana kagum, gembira dan bahagia. perasaan
itu bercampur baur membuatkan dia terdiam. diam bermakna. lukman
masih menunggu. menunggu dengan penuh harapan. masih ada lagi
senyuman pada wajah lukman.

"maaf.. maafkan saya..." (anna berlari ke arah kereta)

anna lari dari situ membuatkan lukman terpinga pinga. secebis air mata
berterbangan dari mata anna. keadaan itu begitu mengelirukan lukman.
dia berharap bahawa dia akan berkahwin dengan anna. tinggal di rumah
tiga tingkat miliknya sambil melahirkan anak yang ramai. segala
impian yang indah itu kini berkecai. berkecai dengan kata kata maaf.
kata kata maaf kali ini membuatkan hati lukman terbelah dua.

apakah salah dirinya? adakah aku terlalu laju? apakah perkembangan ini
terlalu laju buat anna sehingga tidak terkejar oleh anna? tergesa
gesakah keputusan aku? persoalan persoalan sebegitu datang bertubi tubi
menekan dan membebankan otak lukman. air mata jatuh satu demi satu
dari seorang lelaki yang tidak pernah menitiskan air mata semenjak
dia menangis buat kali terakhir ketika masih bayi dahulu.

di dalam kereta, kedua dua pasangan itu muram. keadaan sunyi. yang
kedengaran hanyalah bunyi enjin kereta lukman yang mengaum laju.
sukar. sukar sekali untuk menjelaskan perkara yang baru terjadi.
kesedihan datang sewaktu bahagia mencelah. walaupun bahagia untuk
sementara. tetapi kegembiraan itu akan tetap kekal di dalam hati
masing masing. biarlah rahsia menjadi rahsia. apa yang berlaku adalah
ketentuan Tuhan.

buat kali terakhir, lukman membuka pintu buat anna setelah sampai di
rumah anna. memimpinnya buat kali terakhir. sekali lagi air mata
bergenang pada wajah lukman. air mata yang mecela dirinya. lukman
pantas memalingkan wajahnya dari dipandang anna. dia sedar, gadis itu
berasa bersalah. bersalah kerana tidak memberikan penjelasan. tetapi
dia tidak mahu membuatkan gadis itu berasa bersalah lagi. bersalah
kerana mencuri hatinya dan mengoyakkannya.

kereta lukman meluncur laju dari rumah anna. lukman tidak lagi mahu
memalingkan wajahnya. segala memori dia dan anna ditinggalkannya
di situ. anna hanya memandang ke arah jalan tar di hadapan rumahnya.
terduduk menangis keseorangan. satu tangisan yang merumitkan.

10 tahun kemudian. lukman telah berjaya mencapai cita citanya. dia
sudah bergelar jutawan dan usahawan yang berjaya. usahanya selama
10 tahun telah membuahkan hasil. syarikat lukman merupakan syarikat
gergasi yang menjadi kebanggaan negara. syarikatnya teguh walaupun
dilanda kegawatan ekonomi. dia juga telah mengalahkan ayahnya, bukan
sahaja pasaraya pasaraya yang dibinanya lebih besar, malahan kedai
kedai pakaian, makanan, kraf tangan dan sebagainya lagi mempunyai
cawangan yang banyak.

apa erti kemewahan ini? impian aku ketika muda dahulu sudah
aku capai. tapi aku tetap berasa kekosongan. masih ada yang belum
cukup. tapi apa?

(pintu pejabat diketuk) "tuan."

"oh rozi, masuklah."

"ini dokumen yang perlu tuan sain untuk esok."

"rozi, awak boleh tolong saya carikan seseorang?"

"er, boleh tuan. siapa yang tuan nak saya cari?"

seorang yang istimewa. tiada wanita lain secantiknya. (lukman
terbayangkan anna yang tersenyum, indah sungguh.)

"siti nurhaliza ka boss?" (nada berbaur mengejek)

"eh kamu ni. kan siti dah kahwin. orang lain. namanya anna.
anna helmi."

"baiklah tuan, saya akan tolong carikan. kalau tak ada apa apa
lagi, saya minta izin dahulu."

lukman tidak memerhatikan setiausahanya keluar dari pejabatnya.
dia masih lagi terbayangkan anna. gadis misteri yang masih
belum terungkai kisahnya. wajahnya di gila dan di canang serata
tempat. kasihnya hanya pada perasaan gembira yang lalu lalang.
tak tersentuh seribu lelaki sekali pun. gadis suci dan pemalu.
wajahnya gebu. rambutnya panjang mengurai. gadis hatiku. tetap
di hatiku walaupun jauh sekali. walau terluka sekali. sudah aku
nekad di hati sepuluh tahun dahulu bahawa aku akan berikan dia
kemewahan. aku pasti, itu yang dia harapkan. sekarang aku sudah
kaya, popular dan mewah. aku akan jadikan dia permaisuri di
istana yang telah lama ku bina.

wajah yang keletihan setelah penat bekerja jelas terpancar pada
wajah lukman. dia duduk di atas sofa empuk yang di belinya dari itali.

"tuan, makanannya udah saya siapkan. mahu saya hidangkan?"

"saya nak mandi dulu. ajak pak darus makan sekali. selepas makan saya
nak ke 'taman anna'. suruh pak darus siapkan keretanya sekali ya bik?"

"baik tuan."

taman anna. taman anna merupakan tempat lukman melamar anna buat
pertama kalinya. kawasan tersebut telah dibersihkan tetapi masih lagi
mengekalkan ciri ciri alam flora dan fauna. tiada pokok yang ditebang.
tiada jalan merah yang diturap dengan tar. cuma belukar dan semak samun
sahaja ditebas dan ditanam rumput dan bunga. dia ingin melamar anna
buat kali kedua. lamaran yang diharapnya tetap akan berjaya
walaupun terpaksa mengeluarkan berjuta juta ringgit.

(di dalam kereta) "kenapa pak darus tak makan sekali tadi?"

"udah kenyang tuan. saya makan nasi lemak aja tadi."

"kan saya dah suruh bik ajak pak darus makan tadi..."

"tak apa tuan. kerja penting lagi. lagipun saya nak berdiet. perut saya
ini tuan macam mengandung 6 bulan udah." (sambil berseloroh)

"haha, macam macam lah pak darus ni. (lukman senyum sahaja)"

setelah sampai di 'taman anna'. lukman meninjau ke tempat di mana dia
melamar anna. mungkin pedih, tetapi lelaki ini tetap tabah. lelaki
perlu tabah, ya, usahawan sepertinya perlu tabah. tabah walau ditolak
berkali kali.

"waduh, cantik ya tempat ini." (pak darus melihat pemandangan indah dari
tebing kawasan tersebut.)

(lukman memandang pak darus. kelakuan pak darus membuatkan lukman
teringatkan seseorang. seseorang yang jauh dirinduinya.)
"hahaha.. hmm, cantik."

"napa si, tuan gelak? lucu saya cakap gitu?"

"bukan, cuma saya teringatkan seseorang. dia juga pernah berkata begitu
ketika pertama kali datang ke sini."

fikirannya mula terbayang. anna. kenapa kau tolak cintaku? kali ini
aku hendakkan penjelasan. tiba tiba telefon iphone milik lukman
berbunyi.

"ya rozi. ada apa?"

"tuan, saya dah jumpa orang bernama anna helmi tu. cantik ya boss. hehe"

(lukman tersenyum.) "di mana dia sekarang?"

"...."

"kenapa kamu diam?"

"... boss. dia dah lama meninggal dunia. 8 tahun dulu. katanya menghidap
penyakit kanser."

"kanser?? tapi..."

"tuan. ada surat yang diwasiatkannya untuk tuan. saya sudah suruh supaya
peguam menghantar surat tu kepada tuan."

"erk, peguam? surat apa?"

"oh, peguam pihak anna. insurans 1 juta yang dia dapat dari kemalangan
ibu bapanya dahulu langsung tak disentuh. sebelum ibu bapanya meninggal
mereka telah mengupah peguam untuk membantu anna dalam apa apa hal.
tuan, saya mintak maaf. saya harap tuan redha dengan ketentuan ilahi."

hatinya sebak. lukman cuba untuk lompat dari tebing yang tinggi di
hadapannya. tindakannya itu disedari pak darus. pak darus sempat
menarik lukman dari membunuh diri. keadaan yang menghibakan. hiba dan
perit buat lukman, hati rindu terasa kecewa.

keadaan bilik berpenghawa dingin tetap membuatkan lukman terasa panas.
hatinya tidak senang duduk. beberapa peguam kelihatan.

"encik lukman. dalam wasiat anna helmi, beliau berharap bahawa surat
yang ditulisnya mesti diserahkan kepada encik lukman."

peguam tersebut menyerahkan surat tersebut kepada lukman. entah mengapa
tangannya tidak mahu bergerak sehingga terpaksa memaksanya bergerak
juga.

"baiklah, tiada apa apa lagi."

seketika kemudian, lukman ditinggalkan di dalam bilik tersebut bersama
surat dari anna. di dalam fikiran lukman, terbayang wang 1 juta milik
anna. tapi, dia sudah kaya sekarang. memiliki berbillion billion
ringgit. dia tak perlukan wang. dia perlukan kasih sayang. kasih
yang tidak kesampaian. perlahan lahan sampul itu dibuka dan surat
tersebut bertulis :

kehadapan lukman.

ketika kau membaca surat ini, mungkin aku sudah tiada. janganlah
ditangiskan selalu. kau lelaki yang tabahkan lukman?
aku selalu mengingati kau lukman. tiap hari aku rindukan kau. selepas
aku melukakan hati kau. aku terlantar sakit. 2 tahun aku melawan
penyakitku. kau lelaki yang baik lukman, terlalu baik buat diriku.
mungkin kau mahukan penjelasan. baiklah, aku akan jelaskan segalanya..

belum sempat lukman membaca kesemuanya, dia sudah menggenggam surat
tersebut. dilemparkannya ke dalam tong sampah. pilu hatinya tak siapa
pun tahu. ya, rahsia biarlah menjadi rahsia. dia tidak mahu
melupakan kenangan manisnya bersama anna. biarlah anna bersemadi di
dalam dirinya dengan aman dan gembira. memori yang dia tinggalkan
dulu dibiarkan saja.

suasana di taman anna membuatkan lukman terasa tenang. langit dipenuhi
bintang terang beserta lampu neon yang dapat di lihat dari atas bukit
tersebut menambahkan lagi keheningan malam.

anna, dapatkah kau lihat pemandangan indah ini lagi? ia milik kita
berdua. (terasa angin menghembus muka lukman.)
"apakah?"

kenapa aku terasa ada seseorang yang memerhatikanku?

"anna, adakah kau? anna, tolong jawab jika kau ada di sini? anna..."

gilakah aku ini, waktu malam begini. orang yang sudah tiada tidak akan
kembali.

ahh, mungkin tiupan angin biasa saja di atas bukit ni.

malam itu menjadi saksi betapa cintanya lukman kepada anna. cinta
yang tidak kesampaian yang menyimpan 1001 rahsia.

ruang pejabat lukman di syarikatnya begitu rapi dan luas sekali.
keadaan itu memperlihatkan kejayaan yang telah dikecapinya. pintu
pejabatnya diketuk berkali kali.

"masuk."

"tuan panggil saya tadi?"

"ya. sebenarnya, saya nak mengucapkan terima kasih kepada awak."

"tak mengapa. saya faham. tuan tak mahu bercuti ka? boss tak ada di
pejabat pun, duit tetap jalan."

"haha, awak ni. baiklah, awak uruskan semuanya."

"baiklah tuan. tuan, pergi jepun dengan korea ya?"

"jepun dan korea? kenapa pula, bercuti di malaysia kan lebih selesa?"

"ala, saya selalu tengok rancangan korea di televisyen. seronok tau di
sana. lagi pun, sekarang musim bunga. dapatlah boss lihat bunga di sana
jangan lupa belikan saya ole ole dari sana tau. (sambil tersenyum.)"

"ikut awaklah. saya kemana pun tak kesah. yang penting saya boleh
relaks. buatkan saya kopi tau rozi. sedap lah kopi yang awak buat."

(senyum rozi semakin melebar kerana dipuji.) "ala boss ni, tak payah
puji puji kita pun kita buatkan jugak kat boss."

rozi, ketua setiausaha encik lukman. rozi mempunyai badan yang tinggi
dan ramping. kulitnya putih. sememangnya encik lukman rapat benar
dengan setiausahanya yang ini walaupun beliau mempunyai berpuluh puluh
setiausaha. tetapi kecantikan rozi tak dapat dibandingkan dengan
kecantikan anna. anna mempunyai kecantikan 1000 wanita.

musim bunga sangat cantik di jepun. suasana nyaman di taman membuatkan
lukman tenang. lukman mencapai walkman di dalam poketnya dan mula
mendengar lagu.

lagu underground? kenapa la si rozi ni bagi lagu lagu macam ni. (lukman
tersenyum)

"ah. i'm sorry. are you hurt?"

lukman terlanggar seseorang dan dalam keadaan terduduk dia memegang dahinya.

"sir, are you okay? i'm sorry."

lukman mendongak dan memandang ke arah wanita tersebut dengan
perasaan yang marah.

cahaya matahari yang bersinar di belakang kepala wanita tersebut
membuatkan lukman terpesona.
lukman memandang wanita tersebut berulang kali. wajahnya sama seperti
wanita yang dia pernah cintai. adakah wanita ini anna? mingkinkah?

wanita tersebut menghulurkan tangan membuatkan lamunan lukman
terhenti. lukman mengusap ngusap kotor di badan dan di seluarnya sebelum
wanita tersebut mengambil dan memberikan walkman yang terjatuh sebentar
tadi kepada lukman.

"nama awak sapa?"

"i'm sorry. i can;t understand. can u speak english sir?"

"sorry, i'm asking you. what is your name?"
(lukman mengucapkannya dengan sedikit nada marah sambil mengusap ngusap
kekotoran yang masih tertinggal di badannya.)

"my name is nana."

lukman memandang wajah wanita tersebut. wajahnya tersenyum seperti anna.
mungkinkah lukman diberikan peluang kedua untuk menebus kesilapan masa
silam? atau mungkinkah anna kembali hanya untuk bersama dengan lukman semula
atau ...

- tamat (1000 orang suka atau "like", baru aku sambung xD hahaha <<-- pemalas

No comments:

Post a Comment