Biografi
Yasmin Ahmad (1958 – 2002) meninggalkan dunia pada umur 51 tahun. Dilahirkan di Bukit Treh, Muar, Johor pada 1 Julai 1958. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti New Castle, United Kingdom. Memulakan kerjaya dalam industri pengiklanan sebelum menyertai firma new burnet sebagai pengarah kreatif bersama sebelum dilantik menjadi pengarah kreatif eksekutif.
Pengenalan
Untuk mendalami lebih dalam mengenai filem – filem Yasmin Ahmad, kita perlu memahami kenapa dan bagaimana beliau menghasilkan filem – filem seperti Rabun, Sepet, Gubra, Talentime dan Muallaf. Yasmin Ahmad tidak mahu penonton menganggap bahawa filem beliau terhenti setakat tayangan filem sahaja, tetapi beliau mahukan filem – filem beliau mempunyai dunianya yang tersendiri di mana penonton akan berfikir. Bagi Yasmin Ahmad, pemikiran seseorang tidak terbatas dan tidak akan berhenti.
Kelainan Pada Jalinan Struktur Naratif Dan Stail Pengarahan Yasmin Ahmad
a) Jalinan Struktur Naratif
1. Mempunyai perasaan berkenaan dengan masyarakat dan interaksi antara manusia
Melalui sidang temu ramah yang dilakukan oleh starworld terhadap Yasmin Ahmad, beliau menyatakan bahawa “ianya bukan mengenai idea. Tetapi perasaan”. Idea tidak pernah menjadi keutamaan beliau dan watak beliau hidup kerana perasaan. Beliau lebih suka menggunakan pelakon yang beliau kenali, kerana segalanya telah ada dalam diri pelakon tersebut untuk melakonkan sesuatu watak.
2. Naratif atau penceritaan ringkas
me
3. Penceritaan dan mesej yang cuba disampaikan dipersembahkan dengan cara yang tersendiri
4. Mempersembahkan filem yang bercorak realiti berdasarkan konsep kehidupan manusia yang mempunyai harapan dan kesedihan
5. Mempunyai elemen kasih sayang, cinta, kekeluargaan dan jenaka.
6. Bersikap terbuka dan berani dalam mengupas isu – isu kemasyarakatan
Seringkali filem yang dihasilkan oleh Yasmin Ahmad, menerokai isu – isu dan masalah sosial yang dihadapi pada hari ini, sehingga membuatkan beliau dikecam oleh media massa walhal filem yang dihasilkan oleh Yasmin Ahmad hanyalah bermotifkan harapan.
7. Menyentuh dan mencuit hati penonton dengan sentuhan karya beliau
8. Mempunyai identiti tersendiri
Memperkasakan konsep satu malaysia di dalam fiilem beliau.
Yasmin Ahmad mencipta filem pada tahun 2003 dan tema yang digunakan seringkali berkenaan dengan agama, seks, bangsa dan sebagainya lagi. Sebagai contoh, untuk filem mukhsin yang menceritakan tentang bangsa Melayu iaitu Mukhsin dan keluarga Melayu, orked, yang lebih bersikap terbuka. Filem Talentime yang lebih berkisar pada bangsa india dan filem Sepet untuk bangsa Cina. Filem Gubra mengenai “anxiety”, dan muallaf yang berkisar mengenai penghijrahan, iaitu bagaimana mereka yang masuk Islam, berubah hati dan minda. Mengikut pandangan Yasmin Ahmad, filem tersebut lebih kepada memaafkan ibu bapa. Bagi Yasmin, walaupun filem beliau lebih kepada perkauman, watak yang sering digunakan tidak dikhususkan kepada bangsa melayu, beliau ingin memberikan keutamaan kepada bangsa – bangsa lain. Begitulah yasmin Ahmad, beliau mahu bangsa – bangsa lain menonton filem beliau di panggung wayang, dan membuatkan penonton berfikir.
9. Cuba menggalakkan kasih sayang
“saya mahu memberitahu ibu bapa saya bahawa saya menyayangi mereka”. Itulah kata – kata keramat beliau di dalam dokumentari 10 minit Yasmin The Storyteller oleh Faris Abdul Hamid (wartawan Astro Awani) di dalam satu babak berkenaan filem Rabun.
Yasmin Ahmad beranggapan bahawa penderaan terhadap isteri, suami menduakan isteri, dan perbuatan dan kelakuan yang bersifat benci ini sering ditayangkan dalam drama televisyen, oleh itu beliau membuat kesimpulan bahawa perbuatan dan kelakuan yang bersifat kasih sayang boleh ditayangkan, tetapi akhirnya filem Rabun telah dikecam oleh media massa kerana mempersembahkan babak suami isteri yang sudah tua yang sedang mandi bersama – sama.
Bagi Yasmin Ahmad, walaupun beliau mampu untuk menghasilkan filem perang, kebencian, pergaduhan, tetapi beliau masih mahu memperlihatkan cinta dalam filem – filem beliau. Masih ada ramai yang cintakan keamanan berbanding kejahatan. Begitulah Yasmin Ahmad, seorang pengarah yang inginkan manusia hidup dalam aman dan damai, mereka mempunyai sifat cinta lebih ramai dari kebencian, harapan dan sebagainya lagi.
10. Tidak mendiskriminasikan mana – mana kaum
b) Stail Pengarahan
Untuk menjadi seorang pengarah yang baik, Yasmin Ahmad mempunyai pandangan beliau sendiri. Pertama, kita perlu menerokai dan merungkai cerita tersebut sehingga jalan cerita menjadi mantap. Kedua, uji bakat. Sekiranya kedua – dua langkah ini dilakukan dengan betul, maka filem tersebut akan mengarah dengan sendirinya.
Di dalam filem muallaf, teknik penyuntingan yang dilakukan oleh Yasmin Ahmad mempunyai flashback (imbas semula kejadian sebelum ini), flashforward (mempercepatkan durasi penceritaan). Untuk flashback, di dalam babak perbualan di antara Brian dan kakak Rohani, berlaku flashback di mana Brian menceritakan tentang masa silam beliau, mengapa beliau bencikan agama beliau, beliau di dera oleh ayah beliau ketika beliau ditinggalkan dalam keadaan berbogel di tepi jalan raya.
Untuk babak akhir filem muallaf, berlaku flashforward di mana babak Rohani diculik, dan berlaku penentangan dari pihak sekolah dan kakak Rohani dan juga Brian, tetapi tidak ditunjukkan apa yang berlaku ketika penentangan tersebut berlaku, begitu juga dengan babak di mana Rohani dan kakaknya berjumpa ayahnya, dan sebagainya lagi.
Yasmin Ahmad seringkali menggunakan shot long take di mana sesuatu babak itu berlaku dalam tempoh yang panjang, sebagai contoh, Brian dan tauke kedai berbual mengenai harga makanan yang dimakan dan sikap pelik Rohani dan kakaknya, sebelum Brian naik berang dan memberikan wang kepada tauke kedai, mengambil beg Rohani dan kakaknya, sementara tauke kedai membersihkan meja, dan brian berlalu dari situ. Walaupun Yasmin Ahmad mampu menambahkan insert shot untuk mengurangkan tempoh sesuatu babak itu menjadi lebih singkat, tetapi Yasmin Ahmad sengaja membuatkan babak long take untuk dipersembahkan kepada penonton untuk menerangkan bahawa masa berlalu dengan pantas di mana dialog menjadi kesan khas di mana sesuatu babak itu kelihatan laju.
Yasmin Ahmad juga sering membiarkan sesuatu babak itu tergantung tanpa memperlihatkan kejadian yang sedang berlaku. Bagi beliau, beliau mahukan penonton berfikir mengenai apa yang akan berlaku, babak yang tergantung sengaja dilakukan oleh Yasmin Ahmad, dan merupakan salah satu kesan dalam montage, di mana apabila berlaku babak tergantung sebagai contoh, di mana kakak Rohani memberitahu Brian bahawa ayah beliau masuk ke hospital kerana mendapat strok, babak tersebut hanya jelas di situ sahaja, tanpa menunjukkan shot di mana ayahnya sakit di hospital. Ini untuk menimbulkan gambaran dalam minda penonton, kemudian wujud kesimpulan yang berlainan dalam kelangan penonton. Kesan babak tergantung ini merupakan kesan dari teknik montage di mana timbul atau wujud gambaran dalam minda penonton tanpa perlu menjelaskan kesemuanya.
Mengikut teori V.I. Pudovkin, tanggapan bahawa setiap visual yang terhasil adalah shot, tanggapan tersebut salah sama sekali. Tetapi visual yang terhasil sebenarnya adalah binaan. Dalam erti kata lain, penyuntingan yang membina jalan cerita, dan untuk memahami keseluruhan cerita, kita perlu menonton dari awal binaan bermula sehingga habis keseluruhan cerita untuk memahami apa yang ingin dibina.
Yasmin Ahmad berani tampil dengan kelaianan dan keunikan dalam filem – filem arahan beliau, kerana beliau berani mencuba. Bagi Yasmin Ahmad, segalanya adalah mengenai perasaan, sebagai contoh perasaan ketika muda remaja, ketika sedang bercinta, putus cinta, dikhianati, persahabatan, kekeluargaan, perasaan yang tidak mampu diucap dengan kata – kata. Yasmin Ahmad bukan sahaja berani menggunakan isu – isu kontroversi seperti agama, seks, dan sebagainya lagi, malahan beliau berani menggunakan montage (gabungan dua shot / binaan yang tidak mempunyai kesinambungan), dan penggunaan long take (penggunaan sudut kamera yang merakamkan aksi keseluruhan sesuatu babak tanpa ada sambungan shot secara lebih dekat).
Di dalam filem Rabun, Yasmin Ahmad menggunakan teknik penyuntingan yang berbeza dari pengarah malaysia yang lain, iaitu menggunakan gabungan babak yang seringkali tidak mempunyai hubungan antara satu sama lain, sebagai contoh, ketika babak ibu bapa orked sedang memandu laju sambil memotong sekumpulan penunggang motosikal, shot seterusnya yang digunakan adalah shot Ah Lek, seorang peniaga sedang mengarahkan pekerjanya dengan menyebut perkataan, “potong... potong”. Walaupun shot yang digunakan agak licik dan tiada hubung kait, tetapi Yasmin Ahmad telah berjaya menyampaikannya dengan cara yang berkesan di mana setiap shot / binaan berjaya membuatkan penonton memahami segalanya yang berlaku walhal teknik penyuntingan yang digunakan tidak kemas dan tidak tersusun. Berdasarkan pemerhatian saya setelah menonton filem Rabun, saya mendapati bahawa filem ini berjaya membuatkan saya merasa terharu dengan sikap kekeluargaan ibu bapa orked, memahami perasaan watak, konflik yang telah atau akan berlaku, dan juga perasaan yang lahir dari stail pengarahan Yasmin Ahmad sendiri.
Yasmin Ahmad mempunyai konsep tersendiri dalam menghasilkan dan mempersembahkan filem beliau. Beliau seringkali menggunakan irama (atau penceritaan yang laju), di mana setiap babak kadangkala terlalu laju, dan sampai suatu ketika, ia menjadi perlahan. Mengikut pendapat Yasmin Ahmad, beliau mahukan penonton mempunyai pendapat tersendiri terhadap sesuatu cerita yang beliau cuba sampaikan, beliau tidak mahu sesuatu cerita itu hanya terbatas di dalam cerita beliau, tetapi beliau mahukan cerita atau filem beliau mempunyai dunia yang tersendiri.
Di dalam filem – filem beliau, beliau seringkali menggunakan shot long take, sebagai contoh, di akhir filem Rabun, ibu bapa Orked sedang bermain Koba (permainan tadisional yang hampir pupus) di halaman rumah, kemudian muncul Orked yang sedang berlari – lari anak, menyertai permainan tersebut bersama ibu bapa belia, kemudian muncul jiran berbangsa india dan cina menyertai mereka bermain Koba, dan akhirnya muncul watak jahat iaitu Yem, memerhatikan dengan lebih dekat permainan tersebut. Walaupun Yasmin Ahmad menggunakan long take, tetapi teknik pengarahan beliau telah berjaya menambat hati penonton dengan babak tersebut, mengingatkan bahawa hidup berjiran, walaupun sudah jauh bekerja meninggalkan ibu bapa, walaupun pernah bermusuhan sebelum ini, melalui permainan tradisional yang mudah dan ringkas, sesuatu masyarakat atau kaum dapat berbaik semula. Filem ini seolah – olah menyatakan bahawa, kanak – kanak lebih memahami apa itu erti perpaduan dan persahabatan, sikap berjiran, kerana kanak – kanak ketika bermain, mereka lupa akan warna kulit masing - masing, bangsa mereka, agama, hanya untuk menikmati sedetik masa untuk bermain bersama – sama.
Beberapa Anugerah Yang Beliau Raih Di Dalam Dan Luar Negara
Anugerah filem terbaik dan lakon layar asli terbaik - pesta filem malaysia 2005 (sepet)
Anugerah filem asia – pesta filem antarabangsa tokyo 2005 (sepet)
Anugerah grand prix – pesta filem wanita antarabangsa 2005 (sepet)
Anugerah filem terbaik dan lakon layar terbaik – pesta filem malaysia 2006 (gubra)
Generasi K – Plus filem cereka terbaik – pesta filem antarabangsa berlin (mukhsin)
Filem asian terbaik – pesta filem antarabangsa manila 2007 (mukhsin)
Anugerah filem asia sebutan khas - pesta filem antabangsa tokyo 2008 (muallaf)
Mendapat pengiktirafan kerana filem – filem beliau ditayangkan di San Francisco, Berlin dan Singapura.
No comments:
Post a Comment