Jika anda menanggap Animasi ini menceritakan tentang ideologi dan ajaran Christian,
anda tersilap sama sekali. Animasi ini bukan sahaja menafikan ajaran Christian,
malahan menafikan ajaran Islam, dan ajaran - ajaran agama Yang menyembah Tuhan yang satu yang lain.
Animasi ini mampu memukau mata manusia, dengan ketakutan yang tidak dapat
dibayangkan dengan suasana yang dipersembahkan dalam keadaan yang tertekan dan
menakutkan.
diceritakan bahawa neraka dikuasai oleh Dajjal, atau the Anti - Christ. begitulah
ideologi dan teori yang cuba disampaikan kepada penonton tanpa segan silu.
Salahudin al - Ayubi, pahlawan perang Islam yang mempertahankan agama Islam dalam
perang salib juga dimasukkan ke dalam neraka, seolah - olah "orang yang mati syahid
hanya layak masuk neraka", membuatkan penonton berfikir berulang kali untuk
mempertahankan agama.
Animasi ini mampu merosakkan akidah umat Islam, anak - anak muda pada hari, untuk
menafikan bahawa Tuhan lebih berkuasa, dan neraka adalah tempat terakhir, tempat
hukuman dan bukan tempat permainan manusia dan makhluk Tuhan yang lain.
selebihnya, fikirkanlah, mengapa dunia moden pada hari ini diciptakan sedemikian,
mengapa ada teknologi, permodenan, pembangunan.
Atas dasar apakah semua ini dibina?
dan tontonlah Animasi ini, mengapa ideologi dan motif yang dibawa Animasi ini
dihasilkan dan dipertontonkan sebegitu.
No comments:
Post a Comment