TEKNIK PENGARAHAN DEEPA MEHTA
Deepa Mehta dilahirkan pada 1 Januari 1950 di Amritsar Punjab, India. Beliau bekerja sebagai Pengarah filem dan Screenwriter. Beliau pernah memenangi beberapa anugerah berprestij di Toronto dan Cannes film festival.
Mempunyai seorang anak yang kini bekerja sebagai penulis, Deepa Mehta telah bercerai dengan bekas suaminya iaitu Pengarah filem dan berkahwin dengan Producer
Beliau mempunyai Ijazah dalam bidang Falsafah dan mendapat kedoktoran beliau pada tahun 2009 di Universiti Victoria dalam bidang Undang – undang.
Latar belakang Deepa Mehta sedikit sebanyak, memperkenalkan gaya pengarahan Deepa Mehta sendiri. Memandangkan beliau lepasan Ijazah dalam bidang Falsafah, dan beliau dilahirkan dalam masyarakat India yang mempunyai sistem pendidikan yang serba kekurangan, ini menyebabkan beliau menghasilkan filem – filem yang banyak memuatkan diri beliau sebagai seorang wanita, hidup dalam suasana yang penuh pencemaran dan penindasan, dan banyak mempersoalkan agama, dan sistem pentadbiran dan politik negara beliau sendiri.
Antara filem yang mendapat tempat di mata masyarakat sama ada secara baik atau tidak, adalah filem - filem elemen, iaitu Fire (1996), Earth (1998) dan Water (2005).
Filem – filem elemen yang beliau hasilkan adalah bersifat kontroversi dan sukar diterima sesetengah masyarakat India, yang pada itu, memaksa filem Water untuk dirakamkan di Sri Lanka, menyebabkan filem Water terkandas untuk beberapa tahun sebelum dapat dihasilkan pada tahun 2005.
Filem Water, sedikit sebanyak membuatkan saya merasa tertarik dan kagum akan kelebihan Deepa Mehta di dalam teknik pengarahan yang beliau gunakan. Sekiranya sesuatu skrip ingin digunakan untuk menghasilkan sesebuah filem, teknik pengarahan itu penting supaya filem yang akan dihasilkan akan kelihatan hidup, ibarat skrip sebagai kain putih dan pengarah adalah pencorak yang akan mewarnai kain putih tersebut untuk menghasilkan sebuah karya agung.
Berdasarkan watak pula, pelakon yang berlakon di dalam filem Water adalah kanak – kanak, orang tua, dan orang dewasa. Pada awal filem Water, kita diperkenalkan dengan watak Chuyia, iaitu seorang kanak – kanak yang sedang mengikut kedua orang tuanya, pergi menghantar mayat suaminya (orang dewasa) tanpa upacara dari pihak pengantin lelaki, dan beliau (Chuyia) dipaksa untuk tinggal di dalam ashram yang dihuni oleh beberapa orang balu (ibu tunggal) yang sudah kematian suami. Bagi Chuyia yang belum meningkat remaja, sudut pandangan Chuyia (kanak – kanak) yang diperkenalkan kepada penonton berjaya membuatkan penonton merasa empati terhadap kanak – kanak yang tidak bersalah untuk hidup sebagai balu, dan di dalam dunia yang terpinggir dari masyarakat.
Mengikut ajaran Hindu, balu hanya mempunyai tiga pilihan, sama ada mengahwini adik kepada arwah suami, bunuh diri bersama – sama mayat suami di dalam upacara, dan hidup di dalam disiplin dan terpinggir daripada masyarakat bersama – sama balu yang lain.
Bagi Chuyia, yang masih belum mengetahui mengenai dunia iaitu melalui sudut pandangan beliau, penonton yang mengetahui mengenai asam garam kehidupan, dapat merasakan empati terhadap kanak – kanak tersebut. Sekiranya Chuyia menganggap bahawa ibunya akan datang mengambil beliau pada suatu masa nanti, dan beliau cuma tinggal di ashram untuk beberapa hari sahaja, dan beliau tidak diperkotak - katikan di dalam kehidupan, walhal penonton dapat merasakan bahawa Chuyia sebenarnya adalah mangsa keadaan, dan beliau sememangnya akan tinggal di dalam ashram untuk seumur hidup beliau, dan beliau berkahwin dengan seorang dewasa tanpa pengetahuan beliau, Deepa Mehta berjaya mewujudkan suatu suasana di mana padangan seorang kanak – kanak terhadap dunia masih suci walhal kebenarannya adalah sebaliknya.
Di dalam filem, Chuyia adalah seorang kanak – kanak yang masih belum mengetahui mengenai dunia, dan di dalam realiti sebenar, beliau masih lagi seorang kanak – kanak yang masih belum mengetahui mengenai dunia. Di dalam filem Water, lakonan yang ditampilkan oleh Chuyia atau nama sebenar beliau Sarala, berjaya membuatkan watak yang dilakonkan beliau hidup. Deepa Mehta memperlihatkan kehebatan beliau sebagai pengarah untuk memandu Sarala di dalam filem Water sebagai watak Chuyia dengan berkesan.
Watak yang popular di dalam filem Water, yang juga merupakan antagonist di dalam filem ini, dan watak yang membuatkan penonton tidak dapat melupakan wajah, perwatakan, dan nama beliau, adalah watak Madhumati yang dilakonkan oleh Manorma. Watak stereotaip yang dihasilkan dan dipersembahkan kepada penonton oleh Deepa Mehta ini memperlihatkan kecemerlangan beliau sebagai seorang pengarah yang berkaliber dalam teknik pengarahan beliau. Di dalam filem Water, Madhumati hanya diperkenalkan kepada penonton melalui perbualan beliau, Madhumati menghisap rokok, dan beliau memotong rambut Kalyani. Walaupun watak beliau di dalam filem Water hanya mempunyai fungsi – fungsi tertentu, tetapi fungsi – fungsi tersebut berjaya membuatkan kesinambungan beliau di dalam filem Water sebagai watak stereotaip yang sangat jahat dan hodoh, walhal beliau hanya menghisap rokok, menyuruh orang lain melakukan perbuatan yang terkutuk, dan memotong rambut Kalyani.
Deepa Mehta berjaya membuatkan setiap watak di dalam filem arahan beliau, hidup dan mempunyai fungsi – fungsi tertentu yang membuatkan perwatakan setiap watak terserlah hanya melalui visual. Sekiranya tiada dialog di dalam filem Water, penonton masih dapat membuat kesimpulan kerana visual yang dipertontonkan adalah mantap dan berkesan. Kita tahu bahawa lambat laun setelah pemergian Kalyani, Chuyia pula yang akan dilacurkan, kita tahu bahawa Madhumati mempunyai sifat dengki dan jahat, dan segalanya diketahui melalui visual dengan bantuan dialog.
Deepa Mehta mempunyai kecenderungan untuk menyedarkan penonton tentang sesuatu isu, walaupun isu yang dibangkitkan adalah isu panas dan kontroversi. Di kemuncak filem, saya sebagai penonton mendapat kesedaran melalui watak Baba, di mana balu tidak perlu hidup di dalam pengasingan. Walaupun agama Hindu tidak membenarkan balu untuk hidup bersama – sama masyarakat, tetapi terdapat undang – undang yang tidak diperkenalkan, walhal undang – undang tersebut dapat menyelamatkan berjuta – juta balu yang hidup dalam pengasingan dan dipandang jijik oleh masyarakat. Undang – undang tersebut membenarkan balu untuk berkahwin semula. Melalui sudut pandangan Baba, beliau baharu sahaja mengetahui kebenaran disebalik kehidupan beliau yang hidup dalam kesengsaraan tanpa teman hidup, membuatkan beliau mengambil tindakan draktik untuk membawa perubahan di dalam ashram dan sama sekali menimbulkan persoalan dalam kalangan penghuni – penghuni ashram di seluruh India untuk mengambil tindakan yang sama.
Jelas diperlihatkan kepada kita bahawa penghuni ashram hanya mengikut, berbanding watak Baba yang sentiasa ingin mengetahui, dan akhirnya membuatkan Baba menyedari kebenaran dan harapan untuk balu – balu di seluruh India, bahawa mereka dibenarkan untuk berkahwin semula mengikut undang – undang. Jelas diperlihatkan, bahawa Deepa Mehta mewujudkan suasana yang agak tegang kepada penonton, kerana simboliknya watak Baba dan penghuni ashram yang hanya tahu mengikut, seolah – olah masyarakat yang hanya tahu menurut dan mengikut tanpa mengetahui kebenaran disebalik arahan yang diberi, berbanding mereka (watak Baba) yang sentiasa mencari dan menghayati kebenaran.
Di dalam filem Water, kita juga diperkenalkan dengan watak Narayan yang memperjuangkan falsafah dan pegangan Mahatma Gandhi.
Di pengakhiran filem Water, Mahatma Gandhi telah datang ke stesen kereta api untuk memberikan harapan kepada masyarakat bahawa terdapat kebenaran yang harus diperjuangkan supaya dunia dapat hidup dalam keadaan aman. Mengikut sejarah dan fakta, Mahatma Gandhi pada waktu itu telah dibebaskan dari penjara dan cuba diusir oleh British untuk keluar dari India. Mahatma Gandhi pada waktu itu, cuba untuk memperjuangkan hak wanita, dan tindakan Baba pada waktu itu, untuk memberikan Chuyia kepada watak Narayan (yang juga pengikut pegangan dan falsafah Mahatma Gandhi), menimbulkan suatu suasana yang sukar dibayangkan kepada penonton dalam bentuk visual. Seolah – olah Deepa Mehta cuba memberitahu kepada penonton bahawa sekiranya kita sudah mengetahui kebenaran, apa kata kita mencuba untuk menghasilkan suatu perubahan melalui secebis harapan yang sangat halus dan sedikit kadarnya. Timbul berbagai – bagai persoalan, apa yang akan terjadi kepada Chuyia yang berada di bawah jagaan pengikut Mahatma Gandhi.
Sebagai seorang pengarah, Deepa Mehta merupakan antara pengarah yang harus diberi pujian di dalam hasil karya beliau, sebagai seorang pengarah yang berbakat dan jarang dijumpai.
No comments:
Post a Comment